Saturday, October 19, 2019

Diari.

Diari itu aku kira unik,
Kerana rupanya separuh manusia, separuh lagi objek.
Majoriti manusia menulis perasaannya di dalam diari,
Hari ini stress, hari ini gembira, hari ini aku minum kopi.

Aku kira diari itu lagi sunyi dari manusia,
Terlantar, tertutup erat setiap kali manusia curahkan perasaan,
Menyimpan segala segala puisi, surat surat cinta yang tidak kesampaian.

Ada ketika, aku buka diari waktu sekolah dulu.
Indah. Indah sewaktu muda. Yang kita tahu cuma iya, hari ini lauk apa di dewan makan?
Esok ada latihan sukan atau tidak?

Ada mengenai kamu,
Kamu yang pernah aku rindu setiap hari. 
Kamu yang aku tunggu mesej nya setiap kali pulang bermalam.
Kamu yang aku kira gembirakah kamu setiap kali aku kirim surat surat cinta buatmu.
Kamu yang mengucapkan kata rindu buat aku.
Kamu yang pernah menyayangi aku.

Lalu aku tutup diari belum sempat aku habiskan,
Kerana endingnya sudah lebur bersama air mata.