Saturday, November 23, 2019

Konvokesyen.

Kelihatannya aku sudah konvo,
Bukan sahaja dari segulung ijazah,
Tapi juga dari sebuah cinta.

Tahniah haida,
Tepuk tangan buat diri,
Baju biru sudah aku pakai,
Aku berjaya,
Kamu berjaya, kita semua berjaya.

Doaku hanya satu,
Tiada lagi garisan takdir di antara kita,
Yang aku kira sebagai sebuah kebetulan,
Yang aku kira hanya mainan hidup.

Cukuplah,
Aku sudah konvo kali ini.

Maaf Tuhan.

0304 hours, 17 November 2019.

Tepi tingkap,
Angin malam sepi,
Semua orang tidur,
Sunyi.

Mesej tidak berbalas,
Soalan terus menjadi soalan,
Soalan yang mungkin Tuhan simpan jawapannya.

Maaf Tuhan,
Malam ini aku rindu,
Malam ini aku risau,
Mungkin ini yang terakhir,
Mungkin ini benar setiap permulaan ada pengakhirannya.

Maaf Tuhan,
Tempat ini punya memori,
Tempat ini punya sabarnya,
Tempat ini juga patahnya sebuah hati,
Tempat ini punya cinta,
Dan tempat ini juga punya air mata.