Thursday, April 28, 2016

Ada apa dengan cinta?

Keluarnya aku dari sarang itu,
Kerna engkau yang mengusir,
Perginya aku dari hidup itu,
Kerna engkau yang melepaskan.

Jadi,bicarakan kepada aku,
Kenapa sepasang mata itu masih lagi,
Berpaut pada aku?
Bicarakan kepada aku,
Kenapa lirikan itu seolah memanggil aku?

Ku lihat dia dari jauh,
Bukan berarti aku tidak mahu mendekati,
Tapi aku tahu cinta itu lebih indah,
Jika engkau mengerti,
Aku menjauh kerna Tuhan yang meminta,
Supaya hati tidak jauh dariNya,
Pencipta cinta itu sendiri.

Kiranya engkau tidak fahami,
Biarlah aku pergi,
Kerna engkau mengecewakanku..

Wednesday, April 13, 2016

Bosan

Bosan aku dgn smua ini,
Bosan aku dgn perkara sama,
Setiap kali pulang menangis benda yg sama,
Bosan menunggu benda berubah,
Bosan apabila kau berubah,
Berharap mereka turut berubah,
Namun semua itu hanya mimpi,
Mungkin mereka tidak mengerti,
Aku sudah bosan menangis.

Wednesday, April 6, 2016

Patah hati.

'Hati hati dengan hati. Takutkan kau patah hati.'

Aku tak hati hati.
Rasa patah hati lagi.
Entah bila kan pergi.
Rasa yang perih ini.

Monday, April 4, 2016

Sembang.

Sembang kencang di kedai makan,
gelak tawa seolah tiada duka,
dunia ini umpama kita yang punya,
ya,
itulah yg dinamakan persahabatan.

-haida,2016-

Lari.

Lari lari aku lari dari kegelapan,
mencari cahaya jauh nun di sana,
namun belum sempat ku tiba ke destinasi,
engkau tersenyum buatku kaku.

-haida,2016-

Wanita yang aneh

Wanita yang aneh,
sekejap itu sekejap ini,
susah nak membuat keputusan,
sebab itu aku tak membantah,
bila mereka kata wanita itu aneh.

-haida,2016-

Kini.

Kini,
Antara aku dan dia,
Mungkin dia pilihan engkau,
Mungkin dia yg trbaik utk buat kau,
Mungkin dia yg bisa buat kau bahagia,
Mungkin dia yg sempurna buat kau,
Namun kau perlu tahu,
Sesempurna mana pun dia,
Kau pernah pilih aku sebelum dia.




p/s; ni bukan hasil karya aku. but its deep tho. hahaha.

Saturday, April 2, 2016

Pencuri hati.

Semua yang ada pada dirimu,
membuatku aku jatuh cinta,
semua buat aku rapuh,
seolah kau menolak aku jauh-jauh,
hati keliru mahu teruskan atau tidak?

-haida,2016-