Friday, December 11, 2020

only one.

kopi yang suatu ketika dahulu pernah pahit,
masih lagi pahit,
hujan yang suatu ketika dahulu pernah lebat,
masih lagi lebat,
Kuala Lumpur yang suatu ketika dahulu pernah sibuk,
masih lagi sibuk.

bezanya, 
kita tiada lagi mengeluh,
kita cuma menerima, menerima,
dan masih lagi menerima.

sudah tiba masanya,
aku menerima,
tangan yang suatu ketika dahulu ku pegang erat,
harus ku lepaskan.

pintaku,
kopi yang kau hirup,
aiskrim yang kau nikmati,
baju biru yang kau pakai,
cokelat manis yang kau kurang gemar,
merah warna kegemaranku,
apa saja kenangan kita bersama,
simpan la di mana sahaja yang kau mahu.
di hati, atau masa lalu.

aku pasti,
menerima.



Sunday, September 13, 2020

Dipelukmu.

Sibuk dengan pen dan kertas,
Yang sering meminta untuk dipegang,
Sibuk dengan kereta,
Yang sering meminta untuk dipandu,
Hati juga sibuk,
Yang sering meminta untuk dipelukmu.

Wednesday, July 29, 2020

July.

Ten years ago,
We didn’t know that July gonna be our fav month,
Our first meet,
Our first date,
Everything in July.

And ten years later,
Here i am,
Standing in front of your house,
Wishing you a good night,
Kissing you one more time,
Before August takes everything away.

Thursday, April 2, 2020

Destinasi.

Hidup ini harus punya destinasi,
Di penghujung jalan nya nanti,
Pasti tiba jua destinasi yang ingin kamu tuju.

Seperti hitam atau putih,
Seperti kiri atau kanan,
Seperti atas atau bawah,
Hidup ini punya pilihan.

Salah atau betul,
Apa pun pilihan mu sayang,
Kamu pasti tiba ke destinasi itu.

Nanti bila kamu tiba di sana,
Jangan lupa kutip kembali,
Sisa-sisa cinta yang kamu tinggalkan,
Di sepanjang perjalanan panjang mu itu.

Ikhlas dari aku,
Yang sudah tiba ke destinasi.

Saturday, March 28, 2020

Kali ini.

Hadir kali ini,
Pasti kerana Tuhan memakbulkan doa aku,
Untuk setiap persoalan yang aku tujukan,
Walaupun kali ini,
Dia pergi lagi.

Hati ini tenang.
Karna tiada lagi tanda soal,
Di setiap perlakuannya.

Terima kasih Tuhan,
Kau selalu ada.
Kau selalu mendengar.
Selamat malam bulan,
Mimpi indah selalu.

Tuesday, March 10, 2020

Bulan penuh.

Bulan kelihatan penuh,
Bersinar,
Indah sekali.

Benar kata orang,
Bersinar itu dari diri sendiri,
Bukan dengan berteman.

Kalau malam ini aku ingin bertanya,
Kepada bulan,
Bersinar penuh tidak berteman,
Atau
Gelap dan kelam bersama matahari.

Kira-kiranya, apa jawapan kamu wahai bulan.


Saturday, March 7, 2020

Mencintai

Ada satu fasa dalam hidup ini,
Bila engkau sedari,
Mencintai itu bukan lagi satu perkataan,
Tetapi itu adalah perbuatan.

Terlambat,
Lagi baik dari tidak pernah.

Sunday, February 2, 2020

Waktu

Kalau aku diberi peluang,
Untuk memutar waktu yang lalu,
Pasti aku akan memilih,
Untuk lebih cintakan kamu.

Kalau aku diberi peluang,
Daripada aku sibuk cemburu buta,
Daripada aku sibuk bicarakan soal rindu,
Lebih baik aku tanyakan mengenai kamu.

Kamar mu punya lampu?
Air paip sudah jernih atau tidak?
Pokok yang kamu tanam hidup mekar?
Langit yang kamu tenung masih mendung?

Cemburu aku kini bukan lagi sama perempuan lain,
Tapi akan masa lalu.

Friday, January 24, 2020

Ulangtahun kelahiranmu.

Jika ditanya kebanyakan orang,
Apa yang terjadi pada 31 Ogos 1957,
Pasti ramai mengingatinya,
Pasti ramai bisa menjawabnya.

Sama juga bila hari ulangtahun mu tiba,
Mana mungkin aku pura-pura lupa,
Tarikh 19 Januari 1996,
Tarikh lahirnya kamu.

Aku bangga sama diri aku,
Yang tidak jemu hantar pesanan ringkas buat kamu,
Happy birthday,
Ringkas tapi penuh makna,
Itu bukti aku tidak pernah lupa sama kamu,
Sejak tarikh jadian kita,
Sedekad yang lalu.