Thursday, December 5, 2019

So many firsts.

 " I shared so many of my firsts with YOU that I wasn't prepared for our last "

Tanpa sedar aku kongsi,
Begitu banyak pertama,
Untuk kamu,
Yang pertama.

Biarpun hampir satu dekad,
Kamu masih lagi tempat untuk aku,
Kongsikan yang pertama.

Diari pertama aku juga diisi dengan kamu,
Takdir tidak pernah silap bilang orang,
Mungkin takdir mencatatkan kamu,
Kamu, orang pertama untuk segalanya.


Saturday, November 23, 2019

Konvokesyen.

Kelihatannya aku sudah konvo,
Bukan sahaja dari segulung ijazah,
Tapi juga dari sebuah cinta.

Tahniah haida,
Tepuk tangan buat diri,
Baju biru sudah aku pakai,
Aku berjaya,
Kamu berjaya, kita semua berjaya.

Doaku hanya satu,
Tiada lagi garisan takdir di antara kita,
Yang aku kira sebagai sebuah kebetulan,
Yang aku kira hanya mainan hidup.

Cukuplah,
Aku sudah konvo kali ini.